..WELCOME TO MY LOVELY PLACE..

SELAMAT DATANG

Sunday 11 December 2011

ILMU SENI LUKIS


1.    
SEJARAH SENI VISUAL SELEPAS KEMERDEKAAN

Perkembangan Sejarah Seni Lukis 

Sebelum Kemerdekaan(1930an-1956)

§  Dipelopori oleh artis cat air Yong Mun Seng,Abdullah Ariff, Lim Cheng Hoe, Cheong Soo Pieng dan Khaw Sia.

Contoh : 
Yong Mun Seng(1949) “Fishing Net” Water Color 
Abdullah Ariff (1948) Coconut Plantation 
Khaw Sia (1951) Breezy Day
Cheong Soo Pieng (1956) Malay Family

 Sejarah Seni Visual Selepas Kemerdekaan
  • Mula dikenali sebagai Seni lukis moden
  • Selepas merdeka,subjek lebih tertumpu kepada figura berbanding pemandangan.
  • Banyak dipengaruhi oleh pelukis-pelukis luar negara.
  •  Kebanyakan pelukis-pelukis muda berasal daripada Nanyang Academy school of Art
  • Mula mencari-cari teknik terbaru dan identiti mereka sendiri.

 Era Selepas Kemerdekaan 1957 - 1960
Pelukis-pelukis mula menyedari bahawa budaya Malaysia perlu dikekalkan
Timbulnya idea-idea menghasilkan lukisan tentang kemasyarakatan, rumpun serta adat istiadat.
 Antara pelukis yang giat pada zaman ini ialah : Cheong Lai Tong, Patrick Ng Kah Onn, Lee Joo For,Hoessein Enas dan Cheong So Pient.

Contoh : 
 Karya Pelukis Patrick Ng.Kah Onn.Menjemur Kain(1960) 
Patrick Ng Kah Onn Membasuh kain (1963)
Lee Joo For(1958) Bertiga di Pantai 
Cheong Soo Pieng( 1959) Tropical Life
Cheong Lai Tong(1958) Memujuk ; Oil on canvas

 Era tahun 1960an – 1970an
Pada era ini,pelukis-pelukis telah mula berani menyalurkan idea masing-masing.
Konsep karya adalah lebih bebas dan tidak terikat dengan tema ataupun subjek.
Mempunyai identiti karya tersendiri untuk lebih dikenali.
Figura manusia lebih dipermudahkan untuk mewujudkan identiti.

Contoh 
    ‘Kelambu’ oleh Dzulkifli Buyong adalah satu karya yang dipermudahkan tetapi masih mempunyai nilai-nilai estetika serta penceritaannya
- Dzulkifli Buyong (1964) Kelambu,Pastel on Paper

Chuah Thean Teng yang mengaplikasikan konsep batik pada karyanya. Karya ini dihasilkan dengan sebegitu rupa untuk mewujudkan identiti.

Lukisan foto-realis oleh Hoessein Enas
Potret Diri (1968) pastel on paper Gadis Melayu (1959) Oil on canvas Hoessein Enas (1969) Admonition


Era 70an – 80an
Seni arca mula berkembang pada era ini.
 Pelukis-pelukis kebanyakannya lahir dari bekas graduan Institut Teknologi MARA. Mula menggabungkan pengaruh lukisan barat.


2. PELUKIS MODEN MALAYSIA
         Artis 1: YONG MUN SEN (1896 -1962)
            POHON-POHON KELAPA : MEDIA : CAT AIR, TAHUN :1951
                        RUMAH ATAP DI TEPI PANTAI :   MEDIA : CAT AIR, TAHUN : 1960


        Artis 2: ABDULLAH ARIFF (1904 -1962)
            COCONUT PLANTATION - DAWN MEDIA : CAT AIR TAHUN :1948
            BUMI BAHAGIA - MEDIA : CAT AIR, TAHUN : 1960
  Artis 3: DATO’ MOHD HOSSEIN ENAS 
      NOBAT - MEDIA : CAT MINYAK TAHUN : 1962
      MENGUTIP DAUN TEMBAKAU - MEDIA : CAT MINYAK,  TAHUN : 1963
      PENGANTIN PEREMPUAN IBAN -  MEDIA : CAT MINYAK TAHUN : 1963
      GADIS MELAYU : MEDIA : CAT MINYAK, TAHUN : 1959 
      POTRET DIRI :  MEDIA : PASTEL KAPUR TAHUN :1958

         Artis 4: ANTHONY LAU (1933 - )
             LEMBU LIAR ( ARCA ) - MEDIA : BATU & HABUK SIMEN, TAHUN : 1963
             RIMBA ( ARCA ) MEDIA : BESI TAHUN : 1968 
             HASIL RIMBA ( ARCA ) MEDIA : BESI TAHUN : 1966

  Artis 5 : TAY HOOI KEAT (1910 - 1989)
      JALAN PINANG MEDIA : CAT MINYAK TAHUN :1955
      PONDOK MELAYU, PULAU PINANG -   MEDIA : DAKWAT,  TAHUN : 1952    
      PEMANDANGAN POHON -  MEDIA : CAMPURAN TAHUN : 1961
      PEMANDANGAN POHON -  MEDIA : CAT MINYAK TAHUN : 1957
      KAPAL HAJI -  MEDIA : CAT MINYAK TAHUN : 1966
        
         Artis 6: IBRAHIM HUSIN(1939 - )
            KEKECUHAN -  MEDIA : ARKRILIK TAHUN :1969
            PAK UTIH -  MEDIA : CAMPURAN, TAHUN : 1967


   Artis 7: MOHD SALLEHUDDIN 
      MEMBELI BELAH DI KAMPUNG -  MEDIA : CAT MINYAK TAHUN :1959


   Artis 8: ZULKIFLI DAHALAN
      DI DALAM RUANG RUMAH -  MEDIA : CAT MINYAK TAHUN :1974
      SATU HARI DI BUMI LARANGAN -   MEDIA : CAT IMULSI, TAHUN : 1977
         Artis 9 : DZULKIFLI BUYUNG (1948 - )
           KELAMBU -  MEDIA : KAPUR PASTEL TAHUN : -
           KAPAL KERTAS -  MEDIA : KAPUR PASTEL TAHUN :1966
           LIDI -  MEDIA : KAPUR PASTEL TAHUN : 1962
                      MEMBAKAR SEMUT -  MEDIA : KAPUR PASTEL, TAHUN : 1967
1
        Artis 10: A. LATIFF MOHIDIN
            PAGO - PAGO -  MEDIA : CAT MINYAK TAHUN :1962
                         IMAGO SENJA ( CETAKAN ) - MEDIA : KAYU, TAHUN : 1969
            SIRI LANGKAWI ( CETAKAN ) - MEDIA : KAYU TAHUN : -


Tuesday 6 December 2011

DUNIA PENDIDIKAN - KIA2M ? LINUS ? PROTIM ?



KIA2M

KIA2M ialah program pemulihan awal untuk menangani masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun 1. Secara konsepnya,program ini melibatkan semua sekolah, namun sekolah-sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan sama ada untuk terlibat atau sebaliknya.Semua murid tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan KIA2M, murid yang gagal melepasi Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M. P&P KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Di samping itu, kemahiran KIA2M ini juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih sahaja. Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek P&P seperti pedagogi dan penyediaan bahan

LINUS 

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI


TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.

TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.

TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.



KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


Pemulihan VS PROTIM
Banyak takrifan mengenai definisi Pemulihan oleh pakar-pakar dalam dunia pendidikan. Namun, hakikatnya ia masih membawa maksud yang sama iaitu aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa. Program PEMULIHAN ini adalah sebagai ganti aktiviti pembelajaran dalam kelas biasa di Kelas Pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan.
Justeru, definisi di atas amatlah jelas bahawa bukan sahaja dari segi siapa sasaran untuk pengajaran Pemulihan tetapi juga dari segi fungsi dan tujuannya.
Ia sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira amnya, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :
  • membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu
  • mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
  • memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. 
Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.
Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.
Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua

PPSMI





Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.


Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.


Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.


Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.


"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.


Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.



Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."


Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012


KELEMAHAN PPSMI

  1. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
  2. Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
  3. Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
  4. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.
  5. Pemantauan kementerian mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
  6. TPM- Muhyiddin, sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
  7. Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
  8. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.

Sunday 4 December 2011

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan


Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Sub-NKRA 1:  Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
  • Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  • Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
  • Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
  • Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
  • Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  • Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
  • NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
  • Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
  • *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
-  Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
  • Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
-  Menghasilkan pelajar yang cemerlang
  • Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
-  Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
  • Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:
P/S : sumber rujukan terbaik bagi dunia pendidikan  http://kulanzsalleh.com/

Sunday 27 November 2011

TUDUNG? ADAKAH PEREMPUAN MENIPU????



Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.
Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.
Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak.
Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.
Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama.
Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.
Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung.
Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju.
Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.
Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.
Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.kerana itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan.
Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
” Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?”
Jawab Nabi s.a.w : “Jangan menipu Allah.”
Orang itu bertanya lagi : ” Bagaimana menipu Allah ?”
Jawab baginda ” Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah.”
Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.
Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu.
Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.
Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
p/s: Renung-renungkanlah wahai perempuan..