..WELCOME TO MY LOVELY PLACE..

SELAMAT DATANG

Thursday 13 October 2011

TANDA-TANDA SAKIT


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda  kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa 
apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan   cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital  walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.  


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).


i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
 iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja 
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 


2. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman) 


i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah. 
b. Perut mengandungi angin. 
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum 
memakan zat besi. 
ii) Bibir kering dan pecah - Perut mengandungi banyak bahan toksin. 


3. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah).
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. 
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) :  Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. 



4. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. 


5. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur. 



6. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


a) SAKIT SENDI
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tandatanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism). 
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


7. TANDA-TANDA DALAMAN 


A. KEPALA. : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem 
pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA :  Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA 
i) Bahagian atas :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
 ii) Bahagian bawah (tengkuk) :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar


8. KENCING 


a) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. 
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. 
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. 
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka 


CINTA TIDAK DIHARGAI (PART 2)

Bangga seorang lelaki pabila meniggalkan aweknya. Mungkin terlepas satu bebannya. Mencari pengganti begitu pantas..Itulah lelaki..Mungkin itulah sifat lelaki, yang ditinggalkan tidak ditoleh lagi. Biarkan ia berlalu.Hakikat yang perlu diterima "tiada jodoh".


Salahkah seorang perempuan yang mencintainya sepenuh hati?
Tangisan menemani si perempuan. Siang dan malam diri ditemani dengan sedu tangisan. Bulan berganti bulan bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa ini yang berlaku. Pengakhiran sebuah ikatan cinta yang dibina, roboh di pertengahan jalan. Angan-angan indah yang dibina terhenti di tengah jalan. Ada yang separuh gila, ada yang sanggup bunuh diri. Inilah penangan cinta. Inilah yang akan berlaku apabila terlalu menghambakan diri kepada cinta. 


Apabila ada yang memujuk hati si perempuan pasti terkeluar kata-kata ini 
 "kau tak rasa cmne aku rasa...kalau ko rasa mesti ko rasa sakitttt..... cam aku."
Hari demi hari, hati dipujuk oleh orang yang terdekat. Hati si perempuan pasti akan rasa semakin tenang seperti burung yang bebas berterbangan. Mencari ketenangan setelah apa yang berlaku. Walaupun sekali sekali peristiwa pahit itu menerjah  di  benak si perempuan, air mata pasti bercucuran teringatkan peristiwa lama. Pasti perbagai persoalan terkeluar dari sekeping hati yang hilang arahnya.
"Salahkahku? Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa mesti ada perempuan lain?"


Si lelaki begitu seronok dengan dunia barunya, cinta barunya. Tidak dipedulikan lagi dengan kisah lamanya. Hakikat perlu diterima oleh si perempuan. Menerima kenyataan seadanya. Walaupun pahit bak hempedu perlu ditelan jua. Adakah rasa sayang,cinta terlalu mudah terbang keluar dari hati si lelaki? Kenapa lelaki mudah untuk melupakan saat-saat indah bersama? Begitu mudah untuk ada penggantinya. 


Tidak salah untuk perempuan bertanya:
"mengapa jadi begini?"
 Dimana jawapan sang lelaki? Pasti si lelaki terdiam. Menyusun seribu kata untuk menjawab satu persoalan yang begitu sukar untuk dijawab.


Apabila diberi harapan untuk berkawan. Si perempuan menerima untuk berkawan. Tetapi dimana penghargaan diberi dalam berkawan ? Berkawan hanya untuk menyakitkan hati si perempuan. Pelbagai tohmahan dikeluarkan untuk saling sakit menyakiti hati masing-masing. Semasa bercinta semuanya baik, semuanya cantik, semua sempurna. Itulah yang tidak dihargai oleh lelaki yang mudah lupa tentang cintanya.


Benci sangatkah? sampaikan pelbagai tohmahan  dikeluarkan? Salahkah si perempuan ini? Adakah ada tangisan jika perpisahan itu terjadi? Adakah lelaki akan menitiskan air mata?

Wednesday 12 October 2011

MILIKI CINTAMU



thanks kerana memahami hatiku...
berikan kebahagiaan kepadaku...

"Apa pun yang akan terjadi,
kukan selalu ada untukmu....
janganlah kau bersedih....
coz everything's gonna be okay....."

"ya sudahlah "


http://youtu.be/Hi7DlAB0g6s

Saturday 8 October 2011

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN DENGAN SENAMAN WAJAH


Memperlahankan kedutan di wajah dengan senaman otot muka

Pada wajah kita terdapat beberapa otot yang dinamakan otot ekspresi wajah. Otot-otot ini memainkan peranan dalam memberi ekspresi wajah kita. Apabila kita gembira, otot-otot ini bergerak menzahirkan kegembiraan pada muka kita. Begitu juga apabila kita marah. Otot-otot ini bergerak dan memberikan ekspresi marah pula.
Otot-otot muka kita boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan kita memahami fungsinya. Otot di sekitar mata dan kening berfungsi bagi membuka mata, menggerakkan bebola mata dan mengerutkan dahi. Kerana itulah mata kita mampu memberikan ekspresi wajah yang pelbagai. Perbuatan menjeling, melirik dan mengenyit misalnya memberi pelbagai maksud bagi individu yang memandangnya. Oleh itu bahasa mata dikatakan suatu bahasa yang penuh bermakna meskipun tiada kata-kata yang kedengaran. Otot di dahi pula berfungsi bagi menarik kening ke atas. Mereka yang mempunyai otot dahi yang kuat mempunyai kening tinggi dan tampak menarik. Namun terdapat juga mereka yang mudah mengalami kedutan di dahi lantaran pengecutan otot ini. Ini membuatkan mereka tampak lebih tua daripada usia sebenar dan kurang menarik. Kumpulan otot di bawah mata pula berfungsi apabila kita mahu memejamkan mata. Otot ini sekiranya terlalu besar akan membuatkan mata kita tampak kecil. Otot di sekitar hidung berfungsi mengawal bukaan hidung. Jika ia terlalu aktif hidung akan tampak kembang. Jika hidung mahu tampak kecil otot ini harus dikurangkan keaktifannya.
Kumpulan otot pada pipi yang digelar meseter pula penting untuk mengunyah. Otot yang digunakan untuk meniup dan bersiul pula dinamakan buccinators. Tidak ramai yang tahu bahawa dagu juga mempunyai otot bernama mentalis. Dagu yang panjang tentunya mempunyai mentalis yang relaks dan tidak berkerut.
Bagi mereka yang kuat merokok biasanya otot sekeliling mulut akan membesar atau menjadi aktif. Apabila usia meningkat ia kelihatan seolah olah seperti gelang di sekitar mulut.
Ekspresi wajah dikawal sepenuhnya oleh otot-otot ini dan kehilangan kuasanya akan membuatkan ekspresinya hilang. Seseorang yang mengidap parkinson tidak mempunyai sebarang ekspresi wajah kerana kerana kegagalan ototnya bekerja.
Bagi membolehkan otot bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kandungan kalsium yang cukup, kandungan transmitter seperti dopamine dan keadaan otot serta saraf yang utuh. Justeru gangguan saraf seperti yang berlaku kepada pesakit strok dan bells palsy membuatkan keadaan tidak simetri pada wajah. Keadaan ini adalah disebabkan lumpuhnya beberapa otot yang mengawal pergerakan muka.
Bagi mereka yang menggunakan tangan kanan mungkin mereka turut mengunyah makanan dan menggunakan lebih banyak otot pada sebelah kanan juga. Apabila usia meningkat melebihi 40 kita mula melihat perkembangan yang lebih pada otot-otot kanan membuatkan keadaan tidak simetri pada muka. Pada masa ini perubahan perlu dilakukan dengan menggunakan bahagian kiri lebih banyak agar perkembangan otot akan turut seimbang. Saya juga turut mencadangkan amalan mengurut otot wajah dan melakukan senaman wajah.
SENAMAN WAJAH
Otot yang kuat tidak mudah kendur dan rosak. Senaman yang sesuai adalah dengan melakukan fungsi-fungsi otot kita. 
OTOT MATA
Lakukan kenyitan mata beberapa kali. Letakkan jari jemari di bahagian dahi berhampiran rambut dan lakukan urutan ke atas. Ini akan membantu mengelakkan kedutan.
OTOT PIPI
Seterusnya lakukan perbuatan mengembungkan pipi seolah olah meniup selama beberapa kali. Setelah itu kembungkan pipi kiri dan kanan secara berasingan pula.
Lakukan pergerakan senyum yang lebar dan dan bulatkan mata semasa senyum. Oleh kerana pergerakan senaman ini mudah ia boleh diamalkan di mana sahaja. Bahkan ketika memandu ia juga boleh dilakukan.
Sebaik sahaja dilakukan sudah tentu wajah akan tampak kemas dan lebih bermaya. Ini kerana otot-otot yang bersenam akan lebih kuat dan tegap.

Friday 7 October 2011

CINTA YANG TIDAK DISAMBUT

"Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi."

alkisah.....

Ku termenung jauh di tepi jendela.Melihat keindahan alam yang dicipta Allah. Dalam fikiranku hanya memikirkan dia. Bagaimana inginku gapai cintanya? "ishhhhh...mesti dia takkan layan aku..aku bukan cantikkan.Tak kena dengan dia yang hensem". Aku terus mengelamun. Tiba-tiba kawanku menyergah dari belakangku.

" amboi...jauh termenung, teringat buah ati ke?"
"kau ni tak ada keje lain,kacau aku..terkejut tau..boleh kena serangan lemah jantung aku ni. Buah hati pun tak ada, camnelah aku nak teringatkan buat hati aku.

Tiba-tiba ati mengeluarkan sepucuk surat dari poketnya. " Nie ada surat dari Zack". Aku terkesima,terkejut. Bagaikan nak luruh jantungku. "Zack? Zack bagi surat dekat aku? Biar betul kau Tie." " Betullah Zack yang bagi, kenapa? kau tak percaya ke? Dia bagi surat ni suruh aku sampaikan dekat kau Nurul, bukan orang lain.." 

Ati pun berlalu meninggalkan aku. Debaran hatiku kian terasa. Aku tidak menyangka orang yang aku sukai secara diam,memberiku surat. Diriku tidak keruan,hatiku semakin berdebar.Adakah aku  perlu membuka surat itu.

Aku membuka surat itu dengan baik sekali. Ya Allah...aku tidak sangka Zack menulis surat begitu kepadaku. 

" Assalamualaikum Nurul. Boleh kita berkenalan? Saya nak berkawan dengan awak lebih rapat lagi. Boleh. Jangan lupa ya,balas surat ni."

Yang menunggu,

      Zack

Bagaikan nak luruh jantungku apabila aku membaca surat itu. Orang yang aku suka nak berkawan dengan aku lebih rapat lagi. Diriku menjadi tidak keruan. Adakah aku perlu membaas surat ini. Apa yang aku perlu buat. Aku memang menaruh hati padanya sejak awal lagi. Ini peluangku yang terbaik.

esoknya....

Aku bangun awal seperti biasa untuk ke sekolah. Hatiku penuh debaran untuk ke sekolah. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan Zack di sekolah nanti. Aku berjalan seperti biasa masuk ke kelas. Aku melihat Zack dari jauh.Dia memberikan senyuman kepadaku. Aku tersipu-sipu malu dan membalas senyumannya. Aku masuk ke kelas dahulu diikuti Zack. Hatiku penuh debaran. Tempat duduk Zack hanya di belakangku. Aku menjadi tidak keruan berada di dalam kelas. Aku belajar seperti biasa di dalam kelas. Aku langsung tidak menegur Zack. Zack pun tidak menegurku langsung.

Hari berganti hari, aku tidak membalas surat Zack. Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas suratnya. Walaupun hati ini mahukan cintanya, tetapi aku takut. Takut ibu bapaku tahu aku berkawan rapat dengan Zack. Lagi pun aku baru di tahun 5. Aku hanya membisukan diri ini, hanya melihat Zack dari jauh.

Aku biarkan surat Zack tanpa berbalas

Seminggu selepas itu, seperti biasa Ati menjadi posmen kepada Zack. Ati memberi sepucuk lagi surat kepadaku.

"Assalamualaikum Nurul.
Kenapa tak balas surat saya? Awak tak sudi ke berkawan dengan saya? Kalau awak tak sudi tak pelah. Saya boleh mencari awek lain."

Hanya tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Aku menjadi serba salah ingin di balas surat ini atau tidak.Ikutkan hati mahu sahaja menjerit dekat Zack yang aku memang mahu berkawan dengan dia tetapi aku takut. Aku biarkan sahaja surat itu menjadi tanda tanya.

Mungkin diriku ketika itu sangat ego. Aku takut untuk bercinta. Diriku mungkin tidak bersedia lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Hanya memerhatikan Zack dari jauh. Aku hanya mengikut rentak masa. Masih berjalan berseorang dan hanya menjadi pemerhati dari jauh.

Aku menyesal kerana tidak membalas surat Zack. Zack sentiasa dalam ingatanku. Masih kuat  hatiku ini untuk Zack. Walaupun peristiwa itu telah berlalu sehingga 5 tahun, aku masih menyimpan surat-surat yang diberikan oleh Zack. Bila ada masa terluang,aku akan membaca surat itu semula. Diriku sangat menyesal. Hatiku tetap untuk Zack. 

Dari sekolah rendah hingga menegah aku sekelas dengan Zack. Aku dengan Zack dengan dunia masing-masing. Walaupun sekelas, kami buat seperti biasa,seperti tiada apa yang berlaku. Kadang-kadang aku terasa malu dengan diri sendiri kerna tidak menerima Zack dahulu. Adakalanya aku penah terfikir adakah dia masih mengingati peristiwa lalu. Mungkin dia sudah tidak ingat.....

Pada suatu hari, aku terfikir untuk memberi hadiah kepadanya. Aku seperti terkejar-kejar cintanya. Aku sangat berharap aku dan dia menjadi satu couple pada suatu hari nanti. Berbantukan teman baiknya, aku mengirimkan hadiah kepada Zack.

Saban hari aku menunggu,tiada respon daripada Zack. Aku menjadi malu. Muka ini terasa tebal bila berada di dalam kelas. Fikiranku ligat berfikir. Diriku terasa sangat malu.

Memang padan dengan diriku,dahulu dia tagih cintaku,aku tidak memberikannya. Sekarang aku tagih cintanya,tiada respon dari dirinya. Mungkin dia sudah tawar hati dengan diriku akibat peristiwa lama.


Walaupun diri ini sangat menyukai dan mencintainya, tetapi sukar untuk mendapatkan cintanya kembali. Mungkin inilah takdirnya.Aku terima dengan redha. Mungkin dia bukan untukku.

NUKILAN : THIYA

p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata.Tiada kaitan dengan hidup dan mati. SELAMAT MEMBACA




















CINTA YANG TIDAK DIHARGAI

 KISAH CINTA

Sedih...siapa tahu hati sesorang wanita apabila ditinggalkan...Hubungan yang dibina terhenti sekerat jalan. Kenapa semua ini berlaku?kenapa terjadi kepada diriku?kenapa aku?pasti soalan ini terarah pada diri seseorang wanita.Stess?Kemurungan? Tangisan?pasti menjadi peneman diawal hubungan yang putus itu...Badan yang seperti batang balak boleh melidi dan badan yang melidi boleh menjadi seperti batang balak...Semua ini penangan cinta.Salah kaum lelakikah?Salah kaum perempuankah?Semua persoalan itu pasti tidak dapat terjawab hingga akhirnya...Yang si lelaki salahkan yang perempuan, yang si perempuan salahkan lelaki...Semua ini permainan cinta.Pasti ada yang tertewas dan pasti ada yang menyambut kemenangan.




Thursday 6 October 2011

LOVE STORY

CINTA

love....cinta...? kasih..?sayang...? semuanya membawa erti
ditinggalkan...? pergaduhan dalam hubungan...? wah....amat menyakitkan..

cinta....
Setiap manusia akan melalui saat-saat ini..
indahnya cinta..
pedihnya terluka....
bila bercinta semuanya nampak cantik,indah, tiada buruk dan celanya..
bila ditinggalkan..
semuanya menjadi pedih..
sebuah ikatan yang dibina terungkai dengan satu masalah yang tidak dapat dibendung.
Walaupun cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi tetapi ia semakin buruk...

cinta....
walaupun terluka
walaupun pedih
diri ini tidak serik untuk bercinta lagi

cinta....
kenangan lama tidak perlu diimbau lagi
biarkan ia pergi...
biarkan ia menjadi satu sejarah dalam hidup ini..
mungkin ini yang terbaik dalam hidupku..

cinta...
untuk bangkit semula dari kepedihan yang ditinggalkan amat sukar..
tapi seorang insan pandai memujuk hatiku..
membelai hatiku dengan penuh kasih sayang..

terima kasih cinta...
memberiku harapan...
memberiku sinar....
memberiku kebahagiaan...


Wednesday 5 October 2011

BEAUTY SHAPE

Bentuk Tubuh Dan Kesesuaian Jenis Pakaian

Berikut adalah cara berpakaian mengikut tubuh badan anda. Oleh itu,kenalpasti tubuh badan sebelum berpakaian agar sesuai penampilan kita di khalayak umum.

Bentuk jam pasir
Bentuk tubuh ala jam pasir ini menjadi idaman setiap wanita memandangkan bentuknya yang mengecil di pinggang. Anda yang memiliki bentuk badan ini bebas memilih pelbagai potongan pakaian, kerana bentuk tubuh anda cukup ideal. Pun begitu, bentuk tubuh seperti ini juga mengalami masalah dalam memadankan seluar, yang mana saiz pinggang lazimnya lebih kecil daripada paha, menyebabkan kesukaran dalam mencari seluar. Justeru, jangan sampai salah memilih motif atau warna, pilihlah yang sesuai warna kulit anda.

gambar hiasan


Bentuk Pear
Bentuk tubuh sebegini dapat dilihat pada bahagian tubuh atas yang kecil dan melebar di bahagian bawah. Untuk bentuk tubuh pear, sebaiknya pilih busana warna cerah pada bahagian atas supaya lebih tertumpu pada bahagian tersebut. Manakala untuk bahagian bawah, pilih wide leg dengan warna yang lebih gelap bagi tujuan menyamarkan pinggul dan paha anda yang besar. Hindari penggunaan seluar jenis garis-garis horizontal khususnya di daerah pinggul dan paha. Hal tersebut akan membuat pinggul dan paha anda terlihat lebih besar.

gambar hiasan

Tubuh Berbentuk Persegi Panjang
Ciri-ciri perempuan yang memiliki bentuk tubuh persegi panjang adalah
memiliki bahu yang lebar dan bidang. Tubuh seperti ini biasanya dimiliki mereka yang bergelar atlit. Bagi anda yang memiliki tubuh sebegini, pilih pakaian sukan tank top dengan leher yang rendah. Untuk bahagian bawah, pilih seluar berwarna gelap dengan garis terang di bahagian samping akan menegaskan lekukan tubuh sehingga anda akan terlihat lebih seksi. Pastikan juga anda tidak memilih pakaian dengan satu warna dari atasan hingga bawah kerana ini akan membuatkan anda nampak membosankan.

Diamond
Bentuk badan berlian adalah dicirikan oleh bahu yang sempit dan payudara yang kecil. Jika anda mempunyai bentuk berlian, anda harus mengelakkan apa-apa jua yang dipasang, corak, yang kontras atau disesuaikan melalui pinggang.


Kesesuaian bentuk badan
Aksesori dapat memainkan peranan penting bagi membantu penampilan diri. Jadual di bawah menjelaskan pemilihan aksesori yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Bentuk badanAksesori
Tinggi dan gempal- tali pinggang kecil
- kasut bertumit rendah
- beg tangan sederhana besar
- rantai leher yang panjang
- skaf dan tudung dari fabrik yang lembut  
  dan sederhana tebal
- tali leher lebar dan bercorak besar
Rendah dan gempal- kasut bertumit rendah
- beg tangan kecil
- rantai leher yang pendek
- skaf dan tudung dari fabrik yang lembut  
  dan nipis
- tali pinggang kecil
- tali leher kecil dan bercorak kecil
Tinggi dan langsing- tali pinggang lebar
- beg tangan besar
- rantai leher yang pendek dan besar
- skaf dan tudung dari fabrik lembut, dan  
  bercorak besar
- tali leher lebar dan bercorak besar
Rendah dan langsing- tali pinggang sederhana lebar
- beg tangan sederhana besar atau kecil
- skaf dan tudung dari fabrik yang lembut  
  dan bercorak kecil
- tali leher kecil dan bercorak kecil