..WELCOME TO MY LOVELY PLACE..

SELAMAT DATANG

Tuesday 11 September 2012

KUNJUNGAN KE LEGOLAND MALAYSIA


SELAMAT DATANG KE LEGOLAND MALAYSIA
 Akhirnya sampai juga aku ke legoland Malaysia.Seronok sangat rasanya kerana menjadi pengunjung yang terawal sampai ke sana. Untung badan tiket free,kalau tidak entah bila aku akan sampai ke sana.Dengan menaiki kereta comelku,aku sampai disana dalam pukul 3.20petang.Lebih kurang sejam dari tempat aku(Kota Tinggi)..Tak adalah jauh mana tempatnya hanya di Nusanjaya Johor Bahru.
KAUNTER TIKET
10.09.2012...Punyalah ramai orang...Mungkin separuh dari pengunjungnya dapat tiket free..Bila aku perhatikan kebanyakkannya dari kalangan guru.Pergi mana-mana tempat kat situ semua muka seperti pernah dilihat.Sampaikan senior zaman aku belajar dekat IPG MIZAN pun leh terserempak. Malahan aku jumpa kawan sekelas aku..AMALINA..Tak berjanji pun,inilah dikatakan kuasa Allah.
AKU,AMALINA & KAWANNYA


LEBIH KURANG MACAM  GENTING, NAIK BOT & TURUN AIR TERJUN
REPLIKA BOT PIRATE (ALA-ALA DEKAT MASJID KRISTAL) GUNA LEGO
MENAKJUBKAN..CANDI BOROBODOUR GUNA LEGO
 GUNA LEGO NI TAU..MEMANG BESAR ZIRAFAH NI
ARTIS LEGO
BINAAN BANGUNAN MENGGUNAKAN LEGO(BUS,KAPAL MENGGUNAKAN LEGO BOLEH BERGERAK)

Memang macam-macam permainan ada dalam ni.Memang menakjubkan..lebih kurang kat genting jugak permainan dia..Tapi special kat cini, banyak lego laaa..hehe..Kalau nak rasa kehebatannya,datanglah sendiri yeee....:)
Ada banyak lagi gambar nak upload, tapi rasanya dah penatlah..