"Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi."
alkisah.....
Ku termenung jauh di tepi jendela.Melihat keindahan alam yang dicipta Allah. Dalam fikiranku hanya memikirkan dia. Bagaimana inginku gapai cintanya? "ishhhhh...mesti dia takkan layan aku..aku bukan cantikkan.Tak kena dengan dia yang hensem". Aku terus mengelamun. Tiba-tiba kawanku menyergah dari belakangku.
" amboi...jauh termenung, teringat buah ati ke?"
"kau ni tak ada keje lain,kacau aku..terkejut tau..boleh kena serangan lemah jantung aku ni. Buah hati pun tak ada, camnelah aku nak teringatkan buat hati aku.
Tiba-tiba ati mengeluarkan sepucuk surat dari poketnya. " Nie ada surat dari Zack". Aku terkesima,terkejut. Bagaikan nak luruh jantungku. "Zack? Zack bagi surat dekat aku? Biar betul kau Tie." " Betullah Zack yang bagi, kenapa? kau tak percaya ke? Dia bagi surat ni suruh aku sampaikan dekat kau Nurul, bukan orang lain.."
Ati pun berlalu meninggalkan aku. Debaran hatiku kian terasa. Aku tidak menyangka orang yang aku sukai secara diam,memberiku surat. Diriku tidak keruan,hatiku semakin berdebar.Adakah aku perlu membuka surat itu.
Aku membuka surat itu dengan baik sekali. Ya Allah...aku tidak sangka Zack menulis surat begitu kepadaku.
" Assalamualaikum Nurul. Boleh kita berkenalan? Saya nak berkawan dengan awak lebih rapat lagi. Boleh. Jangan lupa ya,balas surat ni."
Yang menunggu,
Zack
Bagaikan nak luruh jantungku apabila aku membaca surat itu. Orang yang aku suka nak berkawan dengan aku lebih rapat lagi. Diriku menjadi tidak keruan. Adakah aku perlu membaas surat ini. Apa yang aku perlu buat. Aku memang menaruh hati padanya sejak awal lagi. Ini peluangku yang terbaik.
esoknya....
Aku bangun awal seperti biasa untuk ke sekolah. Hatiku penuh debaran untuk ke sekolah. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan Zack di sekolah nanti. Aku berjalan seperti biasa masuk ke kelas. Aku melihat Zack dari jauh.Dia memberikan senyuman kepadaku. Aku tersipu-sipu malu dan membalas senyumannya. Aku masuk ke kelas dahulu diikuti Zack. Hatiku penuh debaran. Tempat duduk Zack hanya di belakangku. Aku menjadi tidak keruan berada di dalam kelas. Aku belajar seperti biasa di dalam kelas. Aku langsung tidak menegur Zack. Zack pun tidak menegurku langsung.
Hari berganti hari, aku tidak membalas surat Zack. Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas suratnya. Walaupun hati ini mahukan cintanya, tetapi aku takut. Takut ibu bapaku tahu aku berkawan rapat dengan Zack. Lagi pun aku baru di tahun 5. Aku hanya membisukan diri ini, hanya melihat Zack dari jauh.
Aku biarkan surat Zack tanpa berbalas
Seminggu selepas itu, seperti biasa Ati menjadi posmen kepada Zack. Ati memberi sepucuk lagi surat kepadaku.
"Assalamualaikum Nurul.
Kenapa tak balas surat saya? Awak tak sudi ke berkawan dengan saya? Kalau awak tak sudi tak pelah. Saya boleh mencari awek lain."
Hanya tuhan sahaja yang tahu ketika itu. Aku menjadi serba salah ingin di balas surat ini atau tidak.Ikutkan hati mahu sahaja menjerit dekat Zack yang aku memang mahu berkawan dengan dia tetapi aku takut. Aku biarkan sahaja surat itu menjadi tanda tanya.
Mungkin diriku ketika itu sangat ego. Aku takut untuk bercinta. Diriku mungkin tidak bersedia lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Hanya memerhatikan Zack dari jauh. Aku hanya mengikut rentak masa. Masih berjalan berseorang dan hanya menjadi pemerhati dari jauh.
Aku menyesal kerana tidak membalas surat Zack. Zack sentiasa dalam ingatanku. Masih kuat hatiku ini untuk Zack. Walaupun peristiwa itu telah berlalu sehingga 5 tahun, aku masih menyimpan surat-surat yang diberikan oleh Zack. Bila ada masa terluang,aku akan membaca surat itu semula. Diriku sangat menyesal. Hatiku tetap untuk Zack.
Dari sekolah rendah hingga menegah aku sekelas dengan Zack. Aku dengan Zack dengan dunia masing-masing. Walaupun sekelas, kami buat seperti biasa,seperti tiada apa yang berlaku. Kadang-kadang aku terasa malu dengan diri sendiri kerna tidak menerima Zack dahulu. Adakalanya aku penah terfikir adakah dia masih mengingati peristiwa lalu. Mungkin dia sudah tidak ingat.....
Pada suatu hari, aku terfikir untuk memberi hadiah kepadanya. Aku seperti terkejar-kejar cintanya. Aku sangat berharap aku dan dia menjadi satu couple pada suatu hari nanti. Berbantukan teman baiknya, aku mengirimkan hadiah kepada Zack.
Saban hari aku menunggu,tiada respon daripada Zack. Aku menjadi malu. Muka ini terasa tebal bila berada di dalam kelas. Fikiranku ligat berfikir. Diriku terasa sangat malu.
Memang padan dengan diriku,dahulu dia tagih cintaku,aku tidak memberikannya. Sekarang aku tagih cintanya,tiada respon dari dirinya. Mungkin dia sudah tawar hati dengan diriku akibat peristiwa lama.
Walaupun diri ini sangat menyukai dan mencintainya, tetapi sukar untuk mendapatkan cintanya kembali. Mungkin inilah takdirnya.Aku terima dengan redha. Mungkin dia bukan untukku.
NUKILAN : THIYA
p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata.Tiada kaitan dengan hidup dan mati. SELAMAT MEMBACA
ingtkn cite btl da td..hihihih
ReplyDeletehuhu...ada kna mengena ke???
ReplyDeletemcm ade je..heheh..kisah benar je ni..kihkih
ReplyDeleteSeronok baca. Nice! (^_^) Oh! Kalau sudi, boleh jemput singgah baca penulisan saya juga. http://missvioletsofia.blogspot.com
ReplyDelete