..WELCOME TO MY LOVELY PLACE..

SELAMAT DATANG

Tuesday 21 February 2012

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


 KELAS PEMULIHAN ? JOM KITA BELAJAR SAMA-SAMA MENGENAI PEMULIHAN .....

Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
“ Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN

AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
* guru mata pelajaran / guru kelas
* guru besar
* ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,
ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-
perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan
ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas
berjalan lancar.
 
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;
a. Emosi dan Tingkahlaku
i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.


Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang
memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus
yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan
memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran
asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru
pendamping ” sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid
yang menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan
latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari
Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1
hingga 3.

3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.
3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.
3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana
keadaan memerlukan.

3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid
pemulihan di sekolah.

Friday 17 February 2012

SEBULAN SEHARI

Genap sebulan sehari aku menjadi pendidik.Aku telah mendaftarkan diri sebagai guru sandaran siswazah pada 16 Januari 2012..WAHHHH......! Penuh dengan dugaan dan ranjau berduri. Ikutkan badan aku sudah mula rasa kepenatan yang amat sangat. Otakku sentiasa ligat berfikir dan berfikir. Mungkin inilah ciri-ciri orang yang dilahirkan pada bulan 3, sentiasa memikir dan terus memikir.Entah apa yang difikirkan aku sendiri tidak faham. Terlalu banyak masalah.Semakin hari aku rasakan semakin banyak masalah aku. Dugaan satu persatu datang pada diriku. Aku hanya perlu kuat menempuhnya. Penuh kenangan dan dugaan.

Genap juga sebulan sehari, aku berjuang berjalan kaki ke sekolah tercintaku.Hebat juga aku ini kerana sanggup berjalan kaki walaupun ada pertolongan dari orang lain untuk menumpangkan aku ke sekolah. Tapi aku telah menolak semua pelawaan yang ingin menolongku. Aku sanggup berjalan kaki ke sekolah daripada menyusahkan orang lain.Aku dapat rasakan diri ini selalu menyusahkan orang lain.Jadi aku mengambil keputusan untuk berdikari, biarlah diri aku susah tetapi orang lain senang.

Genap juga sebulan sehari aku menumpang rumah orang disebabkan tidak ada rumah sewa.Malahan aku tiada kenderaan ke sekolah. Ibu dan ayah sangat baik.Sebulan aku duduk rumah ibu,makan minum aku terjaga. Ibu dan ayah baik orangnya, sebulan aku duduk dirumahnya, mereka hanya mengambil  RM100 sebagai sewa. Wang yang aku berikan kepada ibu ternyata tidak cukup untuk membalas budi baiknya dengan tempat tinggal yang sangat selesa, dan makan minum yang terjaga. Walaupun aku bagi lebih wangnya,ibu pulangkan semula. Ayah cakap " tak payahlah....tia kan tak ada gaji lagi ". Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas budi baik mereka. Aku doakan mereka sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat.

Genap sebulan sehari juga, terlalu banyak pengorbanan "my love" kepadaku. Hampir sepuluh kali aku berjumpa dengan "my love".Selama ini aku susah untuk berjumpa dengan dia, kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Kini, aku dan dia kerap pula berjumpa. Mana tidaknya, jarak antara kami sudah dekat.Hanya mengambil masa 45 minit berbanding dengan masa belajar dahulu hampir  7jam perjalanan baru aku dapat berjumpa dengan "my love". Pabila kerap berjumpa, kerap pula kami bergaduh. Mungkin seronok sangat berjumpa. Bergaduh manja katakan. Walaubagaimanapun, aku tetap sayangkan dia. Terlalu banyak pengorbanan dia terhadapku sepanjang sebulan ini.Dialah yang menghantar aku semasa melapor diri, dialah yang menemanku semasa membeli barang, dialah yang menghantarku pergi balik kampung ke stesen keretapi,dialah yang tolong aku semasa aku  demam chicken pop dan dialah segalanya....."Bagaimana ya ?" aku nak membalas budinya...

Genap sebulan sehari, aku cuba menyesuaikan diri di tempat baharu. Macam-macam aku fikirkan. Kadang-kadang menerpa difikiranku, aku menyesal mintak ditempatkan di Johor. Pelbagai masalah yang timbul. Sampai sekarang aku masih tidak senang hati. Otok aku ini semakin hari semakin berat dengan masalah yang semakin bertimbun. Aku sendiri tidak faham dan mengerti bagaimana untuk menyelesaikannya. Semuanya terasa susah.Setiap hari,pasti ada masalah baharu." Macam mana ni???" Semakin hari badanku terasa semakin penuh. Air mata ini semakin hari semakin laju mengalir ibarat arus  yang deras Sungai Pahang. Bagaimana aku hendak memujuk hati ini. "wahai sang hati......redhailah semua ini...berikanlah ketenangan kepadaku...berikanlah kesabaran kepadaku..."

Sunday 12 February 2012

ZAMAN MENJADI PELAJAR BERALIH KEPADA ZAMAN BEKERJA

Betulkan orang berkata "zaman belajar tidak sama dengan zaman sudah bekerja". Aku turut merasai semua ini walaupun tidak sampai sebulan lagi aku bekerja sebagai pendidik. Aku dapat merasakan zaman belajar lebih seronok daripada bekerja. Aku sangat merindui zaman belajar dahulu. Tetapi aku tidak boleh berpatah balik melainkan aku menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi entah bila aku hendak menyambungnya...Walaupunbegitu, ia tetap tidak sama.

Aku sangat merindui zaman belajar dahulu kala. Semua aku boleh buat. Jogging? main badminton? berborak-borak dengan kengkawan? relaks? jalan-jalan dengan kawan-kawan? Wahhhhhhh...sedihnya..semuanya sudah lain sekarang.Aku sorang-sorang.Kena berdiri sorang-sorang. Aku sangat merindui semua itu. Diriku pun berasa sangat sukar sekarang.Aku sangat merindui semua perkara itu.

Tika waktu zaman belajarku, aku selalu merindui sidia.Tetapi bila aku sudah bekerja, aku dapat merasakan diriku menjadi lain.Kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab di sekolah, rindu kepada sidia semakin berkurang. Begitukah bila kita sudah sibuk? Bukan tidak terlintas sidia di dalam fikiranku, tetapi kerja yang bertimbun-timbun menyebabkan aku tidak sempat memikirkan sidia. Tetapi cintaku hanya milik sidia. Bersabarlah wahai hati, mungkin ini dugaan bagi kita.