..WELCOME TO MY LOVELY PLACE..

SELAMAT DATANG

Friday, 17 February 2012

SEBULAN SEHARI

Genap sebulan sehari aku menjadi pendidik.Aku telah mendaftarkan diri sebagai guru sandaran siswazah pada 16 Januari 2012..WAHHHH......! Penuh dengan dugaan dan ranjau berduri. Ikutkan badan aku sudah mula rasa kepenatan yang amat sangat. Otakku sentiasa ligat berfikir dan berfikir. Mungkin inilah ciri-ciri orang yang dilahirkan pada bulan 3, sentiasa memikir dan terus memikir.Entah apa yang difikirkan aku sendiri tidak faham. Terlalu banyak masalah.Semakin hari aku rasakan semakin banyak masalah aku. Dugaan satu persatu datang pada diriku. Aku hanya perlu kuat menempuhnya. Penuh kenangan dan dugaan.

Genap juga sebulan sehari, aku berjuang berjalan kaki ke sekolah tercintaku.Hebat juga aku ini kerana sanggup berjalan kaki walaupun ada pertolongan dari orang lain untuk menumpangkan aku ke sekolah. Tapi aku telah menolak semua pelawaan yang ingin menolongku. Aku sanggup berjalan kaki ke sekolah daripada menyusahkan orang lain.Aku dapat rasakan diri ini selalu menyusahkan orang lain.Jadi aku mengambil keputusan untuk berdikari, biarlah diri aku susah tetapi orang lain senang.

Genap juga sebulan sehari aku menumpang rumah orang disebabkan tidak ada rumah sewa.Malahan aku tiada kenderaan ke sekolah. Ibu dan ayah sangat baik.Sebulan aku duduk rumah ibu,makan minum aku terjaga. Ibu dan ayah baik orangnya, sebulan aku duduk dirumahnya, mereka hanya mengambil  RM100 sebagai sewa. Wang yang aku berikan kepada ibu ternyata tidak cukup untuk membalas budi baiknya dengan tempat tinggal yang sangat selesa, dan makan minum yang terjaga. Walaupun aku bagi lebih wangnya,ibu pulangkan semula. Ayah cakap " tak payahlah....tia kan tak ada gaji lagi ". Aku tidak tahu bagaimana untuk membalas budi baik mereka. Aku doakan mereka sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat.

Genap sebulan sehari juga, terlalu banyak pengorbanan "my love" kepadaku. Hampir sepuluh kali aku berjumpa dengan "my love".Selama ini aku susah untuk berjumpa dengan dia, kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Kini, aku dan dia kerap pula berjumpa. Mana tidaknya, jarak antara kami sudah dekat.Hanya mengambil masa 45 minit berbanding dengan masa belajar dahulu hampir  7jam perjalanan baru aku dapat berjumpa dengan "my love". Pabila kerap berjumpa, kerap pula kami bergaduh. Mungkin seronok sangat berjumpa. Bergaduh manja katakan. Walaubagaimanapun, aku tetap sayangkan dia. Terlalu banyak pengorbanan dia terhadapku sepanjang sebulan ini.Dialah yang menghantar aku semasa melapor diri, dialah yang menemanku semasa membeli barang, dialah yang menghantarku pergi balik kampung ke stesen keretapi,dialah yang tolong aku semasa aku  demam chicken pop dan dialah segalanya....."Bagaimana ya ?" aku nak membalas budinya...

Genap sebulan sehari, aku cuba menyesuaikan diri di tempat baharu. Macam-macam aku fikirkan. Kadang-kadang menerpa difikiranku, aku menyesal mintak ditempatkan di Johor. Pelbagai masalah yang timbul. Sampai sekarang aku masih tidak senang hati. Otok aku ini semakin hari semakin berat dengan masalah yang semakin bertimbun. Aku sendiri tidak faham dan mengerti bagaimana untuk menyelesaikannya. Semuanya terasa susah.Setiap hari,pasti ada masalah baharu." Macam mana ni???" Semakin hari badanku terasa semakin penuh. Air mata ini semakin hari semakin laju mengalir ibarat arus  yang deras Sungai Pahang. Bagaimana aku hendak memujuk hati ini. "wahai sang hati......redhailah semua ini...berikanlah ketenangan kepadaku...berikanlah kesabaran kepadaku..."

No comments:

Post a Comment