..WELCOME TO MY LOVELY PLACE..

SELAMAT DATANG

Friday, 23 September 2011

NAK CANTIK ?

Setiap orang inginkan kecantikkan.Walaupun Allah telah bagi tubuh badan yang cukup sempurna tetap dikatakan masih tidak sempurna.Ada sahaja yang akan dilakukan untuk kelihatan cantik yang diluar jangkaan dan salah disisi agama. Mengubah apa yang telah diberikan Allah merupakan kesalahan yang cukup besar. Jadi disini saya ingin memberikan sedikit tips untuk kelihatan cantik yang telah saya sendiri ikut sepanjang hidup ini tanpa mengubah apa yang telah dikurniakan oleh allah.


"BEAUTY TIPS"


1) Perut buncit




Setiap orang tidak mahu perutnya kelihatan buncit mahupun lelaki atau wanita. Kalau perut dah buncit mulalah riuh sekampung.Ditanya kepada rakan-rakan "perut ak buncit ke??camne ni nak bagi tak buncit semula?" agi bagi pemilik perut buncit kita perlu mencegah sebelum ia berlaku dan semakin berlaku keatas diri kita .Tip ini saya dapat dari mak sedara saya sendiri yang menitikberatkan soal kecantikan. Dia yang memberikan tip ini kepada saya.


Petuanya adalah :
  • Jangan makan bersulamkan air
  • Jika hendak minum semasa makan,perlu minum(air kosong) dahulu sebelum menjamah makanan ini bagi mengurangkan kita untuk makan secara berlebihan. 
  • Minum air sekurang-kurangnya selepas 15 minit kita selesai makan.Jangan terus minum air selepas makan.
  • Jangan mandi selepas makan . Mandi selepas 1-2jam selesai makan. (saya sarankan sebelum makan kita mandi dahulu)
P/S: saya telah mengamalkan petua ini hampir 2-3 tahun juga.Alhamdulillah ternyata petua ini berkesan. Dan bagi kaum perempuan perlulah menitikberatkan hal ini.

2) Cantik Luar Cantik Dalam

Apakah yang dimaksudkan dengan cantik? Cantik luar?Cantik dalam? Ada orang cantikknya hanya pada luaran tetapi dalamnya sangat teruk. Yang kita perlukan sekarang adalah cantik dibahagian luar dan cantik di bahagian dalam. Cantik diluar adalah cantik dari fizikalnya, manakala cantik di dalam adalah dari segi kesihatan dalaman badan kita. Kedua-duanya amat penting.


Petua Cantik :

  • Banyakkan minum air kosong.Biar cukup  atau lebih jangan tak cukup. Kurangkan pengambilan air manis.
  • Setelah bangun tidur minumlah air kosong terlebih dahulu.
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Banyakkan makan ulam-ulaman (biarlah orang cakap kita ni kambing asalkan apa yang kita makan itu amat berkhasiat untuk tubuh badan kita)
  • Kurangkan pengambilan daging merah,banyakkan makan ikan(ada OMEGA 3)
  • Minum SUSU sekurang-kurangnya 2kali sehari (menguatkan tulang)
  • Kurangkan pengambilan "fast food" seperti KFC, MCD, MAGGIE (jangan ada stok maggie dirumah anda)
  • Pengambilan makanan tambahan seperti spirulina,vitamin dan sebagainya  jika kita rasakan badan kita masih tidak mencukupi khasiat yang diperlukan. Tetapi menurut kefahaman saya, makanan tambahan ini tidak sesuai bagi kita yang masih muda kerana badan kita masih kuat dan boleh makan dengan sempurna.
  • Makan nasi hanya sekali dalam sehari dan dalam kuantiti yang sedikit(untuk body yang cantik)
  • Bersenam untuk sihat
  • TIDUR yang cukup. Untuk cantik, kurangkan tidur petang dan tidur diwaktu malam sahaja.Kalau ingin tidur petang juga,jangan tidur terlalu lama (15 minit sahaja). WAJIB sudah tidur pukul 12.00 tengah malam. (masa tidur yang paling elok diwaktu malam 12.00mlm-3.00pagi)
  • Jangan makan diwaktu malam. Makan sebelum pukul 8.00 malam.
p/s : Setiap petua kecantikan ini saya telah amalkan dengan baik sekali sampai sekarang. Alhamdulillah ia amat menunjukkan kesan positif pada diri saya. Anda pun cubalah !!

3. Penjagaan Barangan Alat Solek Bagi Wanita

Ini merupakan satu masalah bagi kaum hawa yang memakai alat solek. Udah pakai tidak disimpannya dengan baik. Bila muka naik jerawat mulalah melenting dan tidak keruan. Ini merupakan salah satu faktor kenapa berlakunya jerawat iaitu tidak menjaga dengan baik alat solek yang digunakan.



Petua :
  • Tidak mendedahkan alat solek kepada sinaran atau cahaya matahari yang boleh merosakkan alat solek itu sendiri. (Jangan simpan alat solek di bonet kereta kerana ianya terlalu panas)
  • Jangan tinggalkan dan letakkan  "span muka" di merata-rata tempat kerana bakteria ada dimana sahaja. Selepad digunakan simpan semula di dalam bekasnya.
  • Jangan berkongsi alat mekap dengan orang lain.Jika ingin berkongsi jiga risikonya perlulah ditanggung sendiri.
  • Jangan biarkan alat solek terdedah iaitu selepas digunakan teruslah ditutupnya.
  • Penggunaan alat solek yang sama tidak melebihi 2tahun. Setelah 2 tahun tukarlah yang baharu.

Thursday, 22 September 2011

BEAUTY SLOT

RAHSIA MATA WANITA

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnyabeauty slot

Wednesday, 21 September 2011

BUDAK BARU BERTATIH......

BLOG? BLOGGER? sentiasa bermain dalam mindaku...keinginan membuat blog sudah lama di dalam hati ini tetapi mungkin masa baru mengizinkanku untuk membuat blog..Sebenarnya ak sendiri kurang fasih dan tiada kemahiran untuk untuk membuat blog.Ini pun atas bantuan rakanku yang sudi memberi tunjuk ajar..


ini sedikit sebanyak berkaitan dengan blog..harap dapat membantuku dan yang lain-lain yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia blogger..

Apakah itu Blog ?

Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Situs web seperti ini biasanya dapat diakses oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.